DEWATTA adalah nama asal sebuah kumpulan gitar rancak ( KUGIRAN )yang ditubuhkan pada tahun 70-an. Kumpulan yang dianggotai oleh 7 ahli itu mengelarkan diri mereka sebagai DEWATTA 7. Kumpulan muzik yang banyak membuat persembahan di majlis-majlis keramaian, perkahwinan, ulangtahun serta jamuan-jamuan di seluruh JOHOR suatu ketika dahulu yg aktif hinggalah ke hari ini.
Pada tahun 2004, nama DEWATTA telah diberikan kepada kami, sekaligus memberikan kami peluang & ruang untuk kami sama-sama meneruskan perjuangan seni muzik kami. DEWATTA 7 dulu juga adalah terdiri daripada kalangan ibubapa sebahagian ahli band kami. Ini menjadikan kami lebih bersemangat untuk terus menonjolkan bakat semulajadi kami. Kami mengelarkan diri kami sebagai DEWATTA II.
DEWATTA II Band yang berasal dari Serom,Sg.Mati Ledang, Johor. Banyak mengadakan persembahan di majlis-majlis perkahwinan..sambutan-sambutan perayaan...jamuan-jamuan rasmi..di sekitar Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. So kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai band DEWATTA II ini, sila layari blog kami. Kepada yang telah bersama-sama mengikuti band ini sepanjang penubuhannya...terima kasih tak terhingga..dari kami semua DEWATTA Crew. Teruskanlah menyokong kami..Thanks
DEWATTA Activities / Liveshows / Topics
-
Salam sejahtera buat semua rakan yang sentiasa bersama DEWATTA II, Tahun 2011 pasti lebih bermakna & baik dari sebelumnya.. Buat LAN ya...